Uncategorised

Lain-lain Resepi

Resipi Tat Nenas (Recipe Pineapple Tart)

-Menggunakan Falcon Pasta Maker/Cookies Maker

Untuk membuat Tat Nenas, pastikan acuan tat nenas yang di-kehendaki telah dipasang sebelum mula menguli. Sediakan 500g tepung gandum, 30g tepung jagung, 40g gula kastor, 2 biji kuning telur dan 1 tsp vanilla. Masukkan semua bahah-bahan diatas kedalam mangkuk mesin dan uli kecuali kuning telur dan vanilla. Semasa mesin menguli, tuangkan kuning telur yang telah dicampurkan dengan vanilla ke dalam mesin perlahan-lahan melalui salur penutup dan uli sehingga rata. Apabila adunan sebati, tukarkan kedudukan suis mesin daripada menguli (mix) kepada mengeluar (extrude) dan mengeluarkan  bentuk kulit yang dikehendaki.

** Acuan Tat Nenas ada 3 jenis, salah satu boleh buat Almond London.

Untuk pengeluaran yang banyak kepada usahawan

Mesin ini boleh digunakan untuk menerap keluar sahaja. Bahan-bahan yang hendak digunakan bolehlah dibancuh di luar menggunakan mixer yang besar.ccordion Content.

-Menggunakan Falcon Pasta Maker/Cookies Maker

Untuk membuat Muruku, pastikan acuan muruku telah dipasang sebelum mula menguli. Sediakan bahan (A) : 250g tepung pulut, 250g tepung muruku, 1 Tbsp jintan putih, 1 Tbsp Jintan manis, 1 Tbsp jemuju-biji, 1 Tbsp serbuk cili, 50-80g bijian (goring tanpa minyak atau bakar), 2-3 Tbsp butter . Bahan (B) : 2 biji telur (pukul ringan sahaja). Bahan (C) : 250ml santan, 1 ¼ tsp garam, 1 tsp ajinamoto/gula (larutkan bahan C).

Masukkan semua bahan (A) kedalam mangkuk mesin dan uli, semasa menguli tuangkan bahan (B),  kemudian barulah tuangkan bahan (C) dengan perlahan-lahan kedalam mesin dan uli sehingga rata. Apabila adunan sebati, tukarkan kedudukan suis mesin daripada menguli (mix) kepada mengeluar (extrude) dan dan bentuk mengikut yang di-kehendaki.

(Jintan putih dan jintan manis hendaklah disangai dan dikisar untuk

  mendapatkan aroma yang lebih menarik.)

**Kalau muruku yang di tekan keluar putus-putus, tambahkan 50ml air atau

    santan kedalam mangkuk dan uli lagi.

-Menggunakan Falcon Pasta Maker/Cookies Maker

Pastikan acuan yang dikehendaki telah dipasang sebelum mula menguli. Sediakan 360g cornflour, 140g planta/butter, 100g gula ising, 1/2tsp vanilla dan 4 biji kuning telur. Masukkan semua bahan-bahan diatas kedalam mangkuk mesin kecuali kuning telur dan vanilla, semasa menguli tuangkan kuning telur yang telah dicampurkan dengan vanilla perlahah-lahan kedalam mesin melalui salur penutup dan uli sehingga rata. Apabila adunan sebati, tukarkan kedudukan suis mesin daripada menguli (mix) kepada mengeluar (extrude) dan bentuk mengikut yang di-kehendaki.

-Menggunakan Falcon Pasta Maker/Cookies Maker

Untuk membuat Roti Bun, sediakan bahan (A) : 250ml air suam, 6 Tbsp susu tepung, 2 Tbsp gula halus, 2 Tbsp yis (Larutkan bahan A dan biarkan selama 10 minit). Bahan (B) : 500g tepung roti, 6 Tbsp gula ising, 50g mentaga dan 25g pelembut roti/voltex. Bahan (C) : 2 biji telur (dipukul ringan).

Masukkan bahan (B) kedalam mangkuk mesin dan uli, semasa menguli tuangkan Bahan (C) melalui salur penutup kemudian barulah tuangkan bahan (A), untuk bahan (A), buka penutup mesin dan masukkan buih tapai dahulu, kemudian tutup semula uli, semasa menguli tuangkan air lebihan tapai (bahan A)  kedalam mesin melalui salur penutup dan uli sehingga sebati. Keluarkan doh yang sebati dan dibentuk mengikut yang di-kehendaki.

-Menggunakan Falcon Pasta Maker/Cookies Maker

Membuat Biskut Semprit menggunakan mesin Falcon Pasta Maker/Cookies Maker sungguh senang dan cepat. Pastikan acuan semprit dipasang sebelum memula.

Sediakan bahan (A) : 300g tepung gandum, 100g tepung jagung, 100g tepung kastard, 100g gula ising, 250g butter. Bahan (B) : 1 tsp vanilla dan 1 biji telur (campur dan dipukul ringan)

Masukkan bahan (A) kedalam mangkuk mesin dan uli, semasa menguli tuangkan bahan (B) kedalam mesin perlahan-lahan melalui salur penutup dan uli sehingga rata. Apabila adunan sebati, tukarkan kedudukan suis mesin daripada menguli (mix)  kepada mengeluar (extrude) dan mengeluarkan biskut semprit. Biskut Semprit boleh di-potong mengikut saiz yang di-kehendaki.

-Menggunakan Falcon Pasta Maker/Cookies Maker

membuat Biskut Sarang Semut sungguh mudah dan cepat dengan menggunakan mesin Falcon Pasta Maker/Cookies Maker. Pastikan acuan sarang semut(acuan mi halus) telah dipasang sebelum mula menguli.

Sediakan bahan (A) : 400g tepung gandum, 100g tepung kastard, 250g butter dan 2 Tbsp gula kastor. Bahan (B) : 2 biji telur (dipukul ringan).

Masukkan semua bahan (A) kedalam mangkuk mesin dan uli, semasa menguli tuangkan bahan (B) dengan perlahan-lahan melalui salur yang ada diatas penutup dan uli sehingga rata.  Apabila adunan sebati, tukarkan kedudukan suis mesin  daripada menguli (mix) kepada mengeluar (extrude) dan mengeluarkan Biskut Sarang Semut, diparut dan masukkan kedalam bekas cup cake. Taburkan chocolate rice. Bakar selama 15minit.

Hubungi Kami

 

Falcon Kitchenware Marketing

Alamat: 139, Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel Pejabat: +603-4021 2906

                     +603-4021 3126

                     +603-4023 1190

Fax:              +603-4022 2516

Mobile:        +6012-2747888/ +601243418630

Email :           This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

About Us

Falcon  Kitchenware  Marketing.

Syarikat kami telah beroperasi lebih dari 15 tahun. Kami menjual peralatan-peralatan kegunaan dapur, Selain daripada itu kami juga menjual peralatan-peralatan kegunaan dapur yang lain seperti mesin membuat PASTA(mi kuning), Biskut Raya, Tat Nenas dan jusa mesin menguli tepung bagi pelbagai jenis makanan seperti Roti Canai, Roti Bun, Pizza dan lain-lain.

Kami menpunyai lebih 20,000 pelanggan yang telah menggunakan produk kami dan angka ini meningkat dari hari kehari.  Produk kami adalah buatan luar Negara..

Mengenai Kami

Syarikat kami telah beroperasi lebih dari 15 tahun. Kami menjual peralatan-peralatan kegunaan dapur, Selain daripada itu kami juga menjual peralatan-peralatan kegunaan dapur yang lain seperti mesin membuat PASTA(mi kuning), Biskut Raya, Tat Nenas dan jusa mesin menguli tepung bagi pelbagai jenis makanan seperti Roti Canai, Roti Bun, Pizza dan lain-lain.

Langgan Risalah