Berbagai peralatan elektrik

Anda kini boleh membeli berbagai peralatan elektrik di satu tempat. Anda boleh membuat pesanan dan kami akan menghantarnya kepada anda.

Teruskan membaca ...

Peralatan Membuat Pasta

Falcon Pasta Maker, Salah satu produk yang mempunyai permintaan yang amat tinggi. Kemudahan mengguna dan harganya yang begitu menarik.

Teruskan membaca ...

Syarikat kami telah beroperasi lebih dari 15 tahun. Kami menjual peralatan-peralatan kegunaan dapur, seperti mesin membuat Pasta (Mi Kuning), Biskut Raya, Tat Nenas dan boleh menguli apa sahaja seperti Roti Cana, Roti Bun, Pizza dan lain-lain.

Kami mempunyai lebih 100,000 pelanggan yang telah menggunakan produk kami dan angka ini meningkat dari hari ke hari. Produk kami adalah produk yang diimport dari luar negara.

 

Resepi Falcon

-Menggunakan Falcon Pasta Maker/Cookies Maker

Untuk membuat Tat Nenas, pastikan acuan tat nenas yang di-kehendaki telah dipasang sebelum mula menguli. Sediakan 500g tepung gandum, 30g tepung jagung, 40g gula kastor, 2 biji kuning telur dan 1 tsp vanilla. Masukkan semua bahah-bahan diatas kedalam mangkuk mesin dan uli kecuali kuning telur dan vanilla. Semasa mesin menguli, tuangkan kuning telur yang telah dicampurkan dengan vanilla ke dalam mesin perlahan-lahan melalui salur penutup dan uli sehingga rata. Apabila adunan sebati, tukarkan kedudukan suis mesin daripada menguli (mix) kepada mengeluar (extrude) dan mengeluarkan  bentuk kulit yang dikehendaki.

** Acuan Tat Nenas ada 3 jenis, salah satu boleh buat Almond London.

Untuk pengeluaran yang banyak kepada usahawan

Mesin ini boleh digunakan untuk menerap keluar sahaja. Bahan-bahan yang hendak digunakan bolehlah dibancuh di luar menggunakan mixer yang besar.

-Menggunakan Falcon Pasta Maker/Cookies Maker

Untuk membuat Muruku, pastikan acuan muruku telah dipasang sebelum mula menguli. Sediakan bahan (A) : 250g tepung pulut, 250g tepung muruku, 1 Tbsp jintan putih, 1 Tbsp Jintan manis, 1 Tbsp jemuju-biji, 1 Tbsp serbuk cili, 50-80g bijian (goring tanpa minyak atau bakar), 2-3 Tbsp butter . Bahan (B) : 2 biji telur (pukul ringan sahaja). Bahan (C) : 250ml santan, 1 ¼ tsp garam, 1 tsp ajinamoto/gula (larutkan bahan C).

Masukkan semua bahan (A) kedalam mangkuk mesin dan uli, semasa menguli tuangkan bahan (B),  kemudian barulah tuangkan bahan (C) dengan perlahan-lahan kedalam mesin dan uli sehingga rata. Apabila adunan sebati, tukarkan kedudukan suis mesin daripada menguli (mix) kepada mengeluar (extrude) dan dan bentuk mengikut yang di-kehendaki.

(Jintan putih dan jintan manis hendaklah disangai dan dikisar untuk

  mendapatkan aroma yang lebih menarik.)

**Kalau muruku yang di tekan keluar putus-putus, tambahkan 50ml air atau

    santan kedalam mangkuk dan uli lagi.

-Menggunakan Falcon Pasta Maker/Cookies Maker

Pastikan acuan yang dikehendaki telah dipasang sebelum mula menguli. Sediakan 360g cornflour, 140g planta/butter, 100g gula ising, 1/2tsp vanilla dan 4 biji kuning telur. Masukkan semua bahan-bahan diatas kedalam mangkuk mesin kecuali kuning telur dan vanilla, semasa menguli tuangkan kuning telur yang telah dicampurkan dengan vanilla perlahah-lahan kedalam mesin melalui salur penutup dan uli sehingga rata. Apabila adunan sebati, tukarkan kedudukan suis mesin daripada menguli (mix) kepada mengeluar (extrude) dan bentuk mengikut yang di-kehendaki.

TESTIMONI Pelanggan

Mengenai Kami

Syarikat kami telah beroperasi lebih dari 15 tahun. Kami menjual peralatan-peralatan kegunaan dapur, Selain daripada itu kami juga menjual peralatan-peralatan kegunaan dapur yang lain seperti mesin membuat PASTA(mi kuning), Biskut Raya, Tat Nenas dan jusa mesin menguli tepung bagi pelbagai jenis makanan seperti Roti Canai, Roti Bun, Pizza dan lain-lain.

Langgan Risalah